About
About Us
Bermula pada 5 Jun 2006 di Kolej Universiti Kejuteraan Utara Malaysia (KUKUM) dengan perlantikan seorang Kaunselor Gred S41 iaitu Puan Wan Saniah Wan Yahya. Beliau telah ditempatkan di jabatan Hal Ehwal Pelajar, yang Ketika itu terletak di Kubang Gajah. Dengan perlantikan itu, maka secara prinsipnya Unit Kaunseling KUKUM telah ditubuhkan.
Pada bulan September 2006, Unit Kaunseling telah
dipindahkan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar ke pejabat Naib Canselor yang pada Ketika itu terletak
di tingkat 10 bangunan KWSP,
Kangar. Unit Kaunseling turut menerima seorang
staf sokongan. Pada Januari 2008, Universiti Malaysia
Perlis (UniMAP) telah menerima pertukaran skim kaunselor kepada
Pegawai Psikologi sebagaimana yang telah diarahkan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam melalui Perkeliling Perkhidmatan Bilangan 29 tahun 2007 (Perubahan Skim-Skim
Perkhidmatan Kaunselor dan Penolon Kaunselor
Kepada Skim Perkhidmatan Pegawai PSikologi dan Penolong Pegawai Psikologi)
Bermula pada 1 Oktober 2008, Unit Kaunseling UniMAP telah dipindahkan semula ke Jabatan
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bagi memudahkan urusan pertemuan dengan pelajar-pelajar UniMAP. Memandangkan Jabatan Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni berpindah ke penempatan baru
iaitu Kuala Perlis dan berdekatan dengan kediaman pelajar, maka bersesuaianlah
bagi Unit Kaunseling berada di bawah
naugan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA). Perkhidmatan Unit Kaunseling di JHEPA turut diperluaskan kepada
bidang kerjaya melalui penstrukturan semula kepada Unit Kaunseling dan Kerjaya Pada 25 Mei 2009, Unit Kaunseling dan Kerjaya UniMAP telah menerima
seorang lagi Pegawai Psikologi iaitu Puan Nur Aimi Muslim yang telah ditugaskan untuk memberi fokus kepada
aktiviti yang berkaitan dengan kerjaya.
Dengan perkembangan
pesat UniMAP dan pertambahan pelajar
serta staf, ianya telah memberi
gambaran kepentingan kaunseling kepada semua pihak. Oleh itu, pihak pengurusan tertinggi univerisiti telah mengambil inisiatif
untuk mewujudkan Pusat Kaunseling dan Perkhidmatan
Psikologi. Seiring dengan perlantikan Prof Dr. Rosnah Ismail di UniMAP, yang mempunyai pengalaman yang luas dalam
bidang psikologi dan kaunseling. Oleh itu, beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui tampuk kepimpinan Pusat Kaunseling dan Perkhidmatan Psikologi. Justeru itu, bermula
September 2012, Pusat Kaunseling dan Perkhidmatan
Psikologi UniMAP telah ditubuhkan secara rasmi. Pada 1 April 2014, Pusat Kaunseling telah dipindahkan ke Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Telnokomunikasi sehingga 14 April 2022. Penstrukturan
dan penjenamaan semula yang berlaku pada 15 April 2020 telah mengubah
Pusat Kaunseling di Pusat Pengajian
Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi
(Ikom) kepada Pusat Kaunseling Universiti Malaysia Perlis. Kini, Pusat Kaunseling UniMAP telah diletakkan di bawah Timbalan
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni selaras dengan
pentadbiran dan penstrukturan yang terdapat di universiti-universiti lain di
Malaysia amnya.