Menjalankan tugasan di pejabat sememangnya memerlukan tumpuan yang tinggi. Adakalanya ia boleh menyebabkan keletihan fizikal dan emosi. Oleh itu, bagi mengekalkan kecerdasan di tempat kerja, seelok-eloknya kita memperuntukkan masa 15 minit untuk melakukan riadah ringan di luar bilik berhawa dingin. Selepas itu bolehlah meneruskan kerja seperti biasa. Berikut disertakan beberapa tips yang boleh diamalkan agar kita sentiasa kekal cerdas.
- Lakukan pergerakan ringan
Pergerakan ringan seperti aktiviti regangan, berjalan setempat, gerakan bangun dan duduk boleh membantu mengurangkan ketegangan setelah duduk terlalu lama di hadapan komputer.
- Aktiviti pernafasan
Aktiviti pernafasan yang betul mampu memberikan kesan relaks kepada badan. Terdapat banyak video di youtube yang mengajar teknik pernafasan yang boleh
dijadikan panduan. Pelajarilah untuk kebaikan diri kita.
- Nikmati pemandangan luar
Sesekali setelah rasa penat bekerja, cuba kita keluar dari bilik sebentar dan nikmati pemandangan di luar. Hirup udara segar agar dapat kembalikan kesegaran badan.
- Banyakkan minum air kosong
Banyak manfaat yang kita perolehi daripada amalan meminum air kosong seperti dapat mengekalkan kesihatan, membantu melembabkan kulit, memudahkan proses pelawasan dan sebagainya.
- Amalkan terapi ketawa
Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.- Sumber: Portal MyHEALTH KKM
Semoga panduan diatas dapat diamalkan agar kita kekal cerdas di tempat kerja dan dapat meningkatkan tahap produktiviti kita. Hanya tempoh 15 minit diperlukan untuk tip-tip tersebut, namun manfaat nya amat baik untuk kita semua.
Disediakan Oleh:
Wan Saniah Wan Yahya
Pusat Kaunseling