About Us

Bermula pada 5 Jun 2006 di Kolej Universiti Kejuteraan Utara Malaysia (KUKUM) dengan perlantikan seorang Kaunselor Gred S41 iaitu Puan Wan Saniah Wan Yahya. Beliau telah ditempatkan di jabatan Hal Ehwal Pelajar, yang Ketika itu terletak di Kubang Gajah. Dengan perlantikan itu, maka secara prinsipnya Unit Kaunseling KUKUM telah ditubuhkan.

    Pada bulan September 2006, Unit Kaunseling telah dipindahkan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar ke pejabat Naib Canselor yang pada Ketika itu terletak di tingkat 10 bangunan KWSP, Kangar. Unit Kaunseling turut menerima seorang staf sokongan. Pada Januari 2008, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menerima pertukaran skim kaunselor kepada Pegawai Psikologi sebagaimana yang telah diarahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Perkeliling Perkhidmatan Bilangan 29 tahun 2007 (Perubahan Skim-Skim Perkhidmatan Kaunselor dan Penolon Kaunselor Kepada Skim Perkhidmatan Pegawai PSikologi dan Penolong Pegawai Psikologi)

    Bermula pada 1 Oktober 2008, Unit Kaunseling UniMAP telah dipindahkan semula ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bagi memudahkan urusan pertemuan dengan pelajar-pelajar UniMAP. Memandangkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni berpindah ke penempatan baru iaitu Kuala Perlis dan berdekatan dengan kediaman pelajar, maka bersesuaianlah bagi Unit Kaunseling berada di bawah naugan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA). Perkhidmatan Unit Kaunseling di JHEPA turut diperluaskan kepada bidang kerjaya melalui penstrukturan semula kepada Unit Kaunseling dan Kerjaya Pada 25 Mei 2009, Unit Kaunseling dan Kerjaya UniMAP telah menerima seorang lagi Pegawai Psikologi iaitu Puan Nur Aimi Muslim yang telah ditugaskan untuk memberi fokus kepada aktiviti yang berkaitan dengan kerjaya.

    Dengan perkembangan pesat UniMAP dan pertambahan pelajar serta staf, ianya telah memberi gambaran kepentingan kaunseling kepada semua pihak. Oleh itu, pihak pengurusan tertinggi univerisiti telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Pusat Kaunseling dan Perkhidmatan Psikologi. Seiring dengan perlantikan Prof Dr. Rosnah Ismail di UniMAP, yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang psikologi dan kaunseling. Oleh itu, beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui tampuk kepimpinan Pusat Kaunseling dan Perkhidmatan Psikologi. Justeru itu, bermula September 2012, Pusat Kaunseling dan Perkhidmatan Psikologi UniMAP telah ditubuhkan secara rasmi. Pada 1 April 2014, Pusat Kaunseling telah dipindahkan ke Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Telnokomunikasi sehingga 14 April 2022. Penstrukturan dan penjenamaan semula yang berlaku pada 15 April 2020 telah mengubah Pusat Kaunseling di Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (Ikom) kepada Pusat Kaunseling Universiti Malaysia Perlis. Kini, Pusat Kaunseling UniMAP telah diletakkan di bawah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni selaras dengan pentadbiran dan penstrukturan yang terdapat di universiti-universiti lain di Malaysia amnya.

Text Box: 6    Pusat Kaunseling UniMAP semakin berkembang dari segi pentadbirannya sejajar dengan keperluan perkhidmatan kaunseling yang diperlukan oleh Warga UniMAP. Oleh hal yang demikan, pada 1 November 2021, Pusat Kaunseling telah menerima seorang lagi Pegawai Psikologi yang baharu iaitu Encik Muhamad Zul Izzat bin Jamil. Beliau telah diamanahkan untuk memberi tumpuan kepada program-program perkembangan kerjaya kepada para pelajar UniMAP dan juga barisan staf. Kini, Pusat Kaunseling telah mempunyai tiga orang Pegawai Psikologi dan dibantu oleh empat orang staf pentadbiran demi memastikan perkhidmatan yang profesional dapat diberikan kepada semua Warga UniMAP