Policy
Pusat Kaunseling UniMAP komited untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling, bimbingan, dan sokongan kepada semua pelajar dan staf tanpa diskriminasi. Kami melayan setiap individu dengan adil, tanpa mengira latar belakang etnik, agama, jantina, kebolehan fizikal, atau status sosioekonomi. Polisi ini memastikan golongan yang kurang terwakili (underrepresented groups) mendapat sokongan yang saksama dan menyeluruh, selaras dengan nilai inklusiviti dan keadilan sosial. Pusat ini berusaha mewujudkan persekitaran yang selamat, menghormati, dan menyokong bagi membantu kesejahteraan komuniti UniMAP secara holistik.
.png)